لِلْفُقَرَاۤءِ الْمُهٰجِرِيْنَ الَّذِيْنَ اُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَاَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللّٰهِ وَرِضْوَانًا وَّيَنْصُرُوْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ ۗ اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الصّٰدِقُوْنَۚ 8
Sebahagian daripada harta rampasan tersebut adalah juga untuk orang-orang fakir dalam kalangan Muhajirin yang telah diusir dari rumah-rumah dan harta-harta mereka. Mereka mengharapkan kumiaan daripada Allah dan keredhaan-Nya. Mereka menolong untuk memenangkan agama Allah dan Rasul-Nya. Mereka adalah orang-orang yang benar-benar beriman.