وَجَعَلُوْا لِلّٰهِ شُرَكَاۤءَ الْجِنَّ وَخَلَقَهُمْ وَخَرَقُوْا لَهٗ بَنِيْنَ وَبَنٰتٍۢ بِغَيْرِ عِلْمٍۗ سُبْحٰنَهٗ وَتَعٰلٰى عَمَّا يَصِفُوْنَ ࣖ 100
Mereka menjadikan jin sebagai sekutu-sekutu bagi Allah, sedangkan Allah yang mencipta jin itu. Mereka telah melakukan pembohongan tentang Allah dengan mengatakan Dia mempunyai anak lelaki dan anak perempuan tanpa bersandarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sifatkan.