Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-109

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاَقْسَمُوْا بِاللّٰهِ جَهْدَ اَيْمَانِهِمْ لَىِٕنْ جَاۤءَتْهُمْ اٰيَةٌ لَّيُؤْمِنُنَّ بِهَاۗ قُلْ اِنَّمَا الْاٰيٰتُ عِنْدَ اللّٰهِ وَمَا يُشْعِرُكُمْ اَنَّهَآ اِذَا جَاۤءَتْ لَا يُؤْمِنُوْنَ 109

Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpah yang bersungguh-sungguh bahawa jika mukjizat yang diminta didatangkan kepada mereka, pasti mereka akan beriman dengannya. Katakanlah wahai Muhammad, “Urusan mendatangkan mukjizat itu adalah hanya Allah yang menentukan.” Kamu tidak menyedari wahai orang beriman bahawa apabila mukjizat yang diminta itu datang, mereka tidak juga akan beriman.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)