Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-114

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَفَغَيْرَ اللّٰهِ اَبْتَغِيْ حَكَمًا وَّهُوَ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ اِلَيْكُمُ الْكِتٰبَ مُفَصَّلًا ۗوَالَّذِيْنَ اٰتَيْنٰهُمُ الْكِتٰبَ يَعْلَمُوْنَ اَنَّهٗ مُنَزَّلٌ مِّنْ رَّبِّكَ بِالْحَقِّ فَلَا تَكُوْنَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِيْنَ 114

Katakanlah wahai Muhammad, “Adakah wajar aku terpedaya dengan dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku mencari hakim selain daripada Allah, sedangkan Dialah yang telah menurunkan kepada kamu kitab al-Quran dengan penjelasan yang terperinci.” Sekiranya mereka tetap mengingkarimu, maka ketahuilah bahawa golongan Yahudi dan Nasrani yang Kami telah berikan kitab suci kepada mereka mengetahui bahawa al-Quran itu diturunkan oleh Tuhanmu dengan membawa kebenaran. Oleh itu, jangan sekali-kali kamu termasuk dalam golongan orang yang ragu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)