وَمَا لَكُمْ اَلَّا تَأْكُلُوْا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللّٰهِ عَلَيْهِ وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَّا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ اِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ اِلَيْهِ ۗوَاِنَّ كَثِيرًا لَّيُضِلُّوْنَ بِاَهْوَاۤىِٕهِمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗاِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِالْمُعْتَدِيْنَ 119
Mengapa kamu tidak makan sembelihan binatang halal yang telah disebutkan nama Allah ketika disembelih, sedangkan Allah telah pun menjelaskan kepada kamu makanan yang diharamkan kecuali dalam keadaan darurat? Sesungguhnya ramai orang yang mahu menyesatkan orang lain dengan pendapat yang salah tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang golongan yang melampaui batas.