وَلَا تَأْكُلُوْا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللّٰهِ عَلَيْهِ وَاِنَّهٗ لَفِسْقٌۗ وَاِنَّ الشَّيٰطِيْنَ لَيُوْحُوْنَ اِلٰٓى اَوْلِيَاۤىِٕهِمْ لِيُجَادِلُوْكُمْ ۚوَاِنْ اَطَعْتُمُوْهُمْ اِنَّكُمْ لَمُشْرِكُوْنَ ࣖ 121
Dan janganlah kamu makan binatang yang tidak disebutkan nama Allah semasa disembelih kerana sesungguhnya perbuatan itu merupakan perbuatan yang fasik. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu sentiasa membisikkan kepada pengikut mereka hujah-hujah yang batil untuk berdebat dengan kamu tentang memakan bangkai binatang. Jika kamu tunduk kepada mereka dalam hal ini, maka kamu akan menjadi orangorang yang musyrik. Perumpamaan Mukmin yang diberi hidayah dan kafir yang sesat