Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-130

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰمَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِ اَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنْكُمْ يَقُصُّوْنَ عَلَيْكُمْ اٰيٰتِيْ وَيُنْذِرُوْنَكُمْ لِقَاۤءَ يَوْمِكُمْ هٰذَاۗ قَالُوْا شَهِدْنَا عَلٰٓى اَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ اَنَّهُمْ كَانُوْا كٰفِرِيْنَ 130

Allah berfirman kepada mereka, “Wahai sekalian jin dan manusia! Tidakkah rasul-rasul dalam kalangan kamu sendiri telah datang kepada kamu menceritakan ayat-ayat-Ku dan juga mengingatkan kamu tentang pertemuan kamu dengan hari pengadilan ini? Mereka menjawab, “Ya benar, kami mengakui kesalahan kami dengan mendustakan rasul-rasul itu.” Mereka sebenarnya telah diperdayakan oleh kenikmatan dunia dan kini mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri bahawa mereka sebenarnya di dunia dahulu ialah orangorang yang kafir kepada Allah dan Rasul-Nya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)