Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-136

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَجَعَلُوْا لِلّٰهِ مِمَّا ذَرَاَ مِنَ الْحَرْثِ وَالْاَنْعَامِ نَصِيْبًا فَقَالُوْا هٰذَا لِلّٰهِ بِزَعْمِهِمْ وَهٰذَا لِشُرَكَاۤىِٕنَاۚ فَمَا كَانَ لِشُرَكَاۤىِٕهِمْ فَلَا يَصِلُ اِلَى اللّٰهِ ۚوَمَا كَانَ لِلّٰهِ فَهُوَ يَصِلُ اِلٰى شُرَكَاۤىِٕهِمْۗ سَاۤءَ مَا يَحْكُمُوْنَ 136

Dan orang-orang musyrik itu memperuntukkan untukAllah sebahagian hasil tanaman dan binatang ternakan, lalu mereka mendakwa, “Sahagian ini adalah untuk Allah; dan bahagian ini pula untuk berhala-berhala kami.” Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhalaberhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah kerana mereka tidak memberikannya mengikut syariat Allah. Manakala apa yang telah ditentukan untuk Allah, ia pula sampai kepada berhala-berhala kerana mereka membelanjakannya dalam urusan berhala. Alangkah buruknya peraturan yang mereka tetapkan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)