ثَمٰنِيَةَ اَزْوَاجٍۚ مِنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِۗ قُلْ ءٰۤالذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ اَمِ الْاُنْثَيَيْنِ اَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ اَرْحَامُ الْاُنْثَيَيْنِۗ نَبِّئُوْنِيْ بِعِلْمٍ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ 143
Allah telah menciptakan binatang ternakan itu lapan ekor: daripada kambing biri-biri sepasang jantan dan betina: dan daripada kambing biasa pula sepasang jantan dan betina. Tanyalah wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu, “Adakah yang diharamkan Allah itu, kedua jantan itu atau kedua betina? Atau yang diharamkan Allah adalah apa yang ada di dalam kandungan dua betina itu? Terangkanlah kepadaku dengan bersandarkan kepada ilmu yang sahih daripada Allah tentang pengharaman itu jika kamu adalah orang-orang yang benar.”