Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-145

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُلْ لَّآ اَجِدُ فِيْ مَآ اُوْحِيَ اِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلٰى طَاعِمٍ يَّطْعَمُهٗٓ اِلَّآ اَنْ يَّكُوْنَ مَيْتَةً اَوْ دَمًا مَّسْفُوْحًا اَوْ لَحْمَ خِنْزِيْرٍ فَاِنَّهٗ رِجْسٌ اَوْ فِسْقًا اُهِلَّ لِغَيْرِ اللّٰهِ بِهٖۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَّلَا عَادٍ فَاِنَّ رَبَّكَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 145

Katakanlah wahai Muhammad, “Tidak ada wahyu yang diturunkan kepadaku berkenaan jenis makanan yang diharamkan untuk memakannya kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi kerana kesemua makanan itu adalah kotor dan begitu juga sembelihan fasik yang disembelih atas nama selain daripada Allah. Namun, sesiapa yang terpaksa makan makanan yang haram itu kerana darurat sedang dia bukanlah sengaja mencari perkara yang haram dan tidak makan melebihi keperluan, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun terhadap mereka lagi Maha Penyayang.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)