سَيَقُوْلُ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا لَوْ شَاۤءَ اللّٰهُ مَآ اَشْرَكْنَا وَلَآ اٰبَاۤؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِنْ شَيْءٍۗ كَذٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ حَتّٰى ذَاقُوْا بَأْسَنَاۗ قُلْ هَلْ عِنْدَكُمْ مِّنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوْهُ لَنَاۗ اِنْ تَتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِنْ اَنْتُمْ اِلَّا تَخْرُصُوْنَ148
Orang-orang musyrik akan berkata, “Jika Allah kehendaki, maka kami dan datuk nenek kami tidak akan mampu mensyirikkan-Nya dan kami juga tidak akan dapat mengharamkan sesuatu apa pun.” Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka telah mendustakan para rasul dengan hujah yang sama sehingga mereka merasai azab Kami. Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad, “Adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalil atas perbuatan ini yang kamu boleh tunjukkan kepada kami? Sebenarnya kamu hanya mengikut sangkaan kamu semata-mata dan kamu sebenarnya tidak dapat mengemukakan apa-apa kecuali pendustaan sahaja.”