Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-151

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ قُلْ تَعَالَوْا اَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ اَلَّا تُشْرِكُوْا بِهٖ شَيْـًٔا وَّبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسَانًاۚ وَلَا تَقْتُلُوْٓا اَوْلَادَكُمْ مِّنْ اِمْلَاقٍۗ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَاِيَّاهُمْ ۚوَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَۚ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِيْ حَرَّمَ اللّٰهُ اِلَّا بِالْحَقِّۗ ذٰلِكُمْ وَصّٰىكُمْ بِهٖ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ 151

Katakanlah wahai Muhammad kepada manusia, “Marilah aku bacakan apa yang telah Tuhan kamu haramkan kepada kamu; iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan suatu apa pun, janganlah kamu derhaka kepada ibu bapamu bahkan hendaklah kamu berbuat baik kepada mereka. Janganlah juga kamu membunuh anak-anak kamu kerana bimbangkan kemiskinan kerana sebenarnya Kami sahaja yang bertanggungjawab memberi rezeki kepada kamu dan juga kepada mereka. Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang terang daripadanya mahupun yang tersembunyi serta janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah untuk membunuhnya kecuali dalam keadaan yang dibenarkan syarak.” Demikianlah yang diperintahkan Tuhanmu kepadamu agar kamu memahaminya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)