Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-152

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَا تَقْرَبُوْا مَالَ الْيَتِيْمِ اِلَّا بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ حَتّٰى يَبْلُغَ اَشُدَّهٗ ۚوَاَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيْزَانَ بِالْقِسْطِۚ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَاۚ وَاِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوْا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبٰىۚ وَبِعَهْدِ اللّٰهِ اَوْفُوْاۗ ذٰلِكُمْ وَصّٰىكُمْ بِهٖ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَۙ152

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik untuk menguruskannya sehinggalah anak itu baligh dewasa serta mampu mengurus hartanya dengan baik. Janganlah juga kamu menipu dalam timbangan bahkan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil semasa berjual beli. Ketahuilah bahawa Kami tidak mentaklif seseorang kecuali dalam kemampuannya. Janganlah juga kamu berdusta dalam memberi kesaksian bahkan hendaklah kamu berlaku adil sekalipun jika seseorang itu ada hubungan kekeluargaan dengan kamu. Dan janganlah kamu melanggar perjanjian Allah iaitu perintah-perintahNya dan hendaklah kamu menyempurnakannya. Demikianlah apa yang diperintah Allah kepada kamu, supaya kamu mengambil peringatan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)