Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-158

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

هَلْ يَنْظُرُوْنَ اِلَّآ اَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ اَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ اَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ اٰيٰتِ رَبِّكَ ۗيَوْمَ يَأْتِيْ بَعْضُ اٰيٰتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا اِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ اٰمَنَتْ مِنْ قَبْلُ اَوْ كَسَبَتْ فِيْٓ اِيْمَانِهَا خَيْرًاۗ قُلِ انْتَظِرُوْٓا اِنَّا مُنْتَظِرُوْنَ 158

Orang-orang yang tidak beriman itu tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat yang mencabut nyawa mereka atau kedatangan azab Tuhanmu atau kedatangan sebahagian daripada tandatanda Tuhanmu yang menjadi petanda hari kiamat. Pada hari tersebut, iman tidak lagi bermanfaat kepada dirinya sekiranya dia tidak beriman sebelum itu dan begitu juga tidak bermanfaat amalan yang dibuat oleh orang yang beriman sekiranya sebelum itu dia tidak pernah mengerjakan amalan kebaikan. Katakanlah kepada mereka, “Kamu tunggulah janji-janji itu dan kami pun sebenarnya menunggu apa yang telah dijanjikan Tuhan kepada kami.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)