مَنْ جَاۤءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهٗ عَشْرُ اَمْثَالِهَا ۚوَمَنْ جَاۤءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزٰٓى اِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُوْنَ160
Sesiapa yang datang pada hari kiamat membawa amalan kebaikan, maka diberikan kepadanya sepuluh kali ganda pahala kebaikan itu. Dan sesiapa yang datang membawa amalan kejahatan, maka dia tidak dibalas melainkan dengan balasan yang sama dengan kejahatan itu dan mereka tidak akan dizalimi pada balasan yang diperoleh.