Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-19

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُلْ اَيُّ شَيْءٍ اَكْبَرُ شَهَادَةً ۗ قُلِ اللّٰهُ ۗشَهِيْدٌۢ بَيْنِيْ وَبَيْنَكُمْ ۗوَاُوْحِيَ اِلَيَّ هٰذَا الْقُرْاٰنُ لِاُنْذِرَكُمْ بِهٖ وَمَنْۢ بَلَغَ ۗ اَىِٕنَّكُمْ لَتَشْهَدُوْنَ اَنَّ مَعَ اللّٰهِ اٰلِهَةً اُخْرٰىۗ قُلْ لَّآ اَشْهَدُ ۚ قُلْ اِنَّمَا هُوَ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ وَّاِنَّنِيْ بَرِيْۤءٌ مِّمَّا تُشْرِكُوْنَ19

Tanyalah wahai Muhammad, “Apakah yang lebih besar daripada kesaksian atas kebenaran yang aku bawa ini?” Katakanlah, “Kesaksian Allah yang paling agung. Dia menjadi saksi antara diri aku dan diri kamu. Dia mewahyukan kepadaku al-Quran ini supaya aku dapat memberi peringatan dengannya kepada kamu dan juga kepada sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan al-Quran ini. Adakah kamu bersungguh-sungguh mengakui bahawa ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah?” Katakanlah Muhammad, “Sungguh pun begitu Aku tidak mengakuinya.” Katakanlah lagi, “Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri daripada segala apa yang kamu sekutukan dengan Allah.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)