هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ طِيْنٍ ثُمَّ قَضٰٓى اَجَلًا ۗوَاَجَلٌ مُّسَمًّى عِنْدَهٗ ثُمَّ اَنْتُمْ تَمْتَرُوْنَ 2
Dialah yang telah menciptakan kamu daripada tanah. Kemudian Dia menentukan ajal kematian kamu dan juga waktu yang ditetapkan untuk dibangkitkan pada hari kiamat yang hanya diketahui oleh-Nya sahaja. Namun, kamu masih lagi ragu-ragu terhadap kekuasaan-Nya untuk menjadikan hari kebangkitan itu.