بَلْ بَدَا لَهُمْ مَّا كَانُوْا يُخْفُوْنَ مِنْ قَبْلُ ۗوَلَوْ رُدُّوْا لَعَادُوْا لِمَا نُهُوْا عَنْهُ وَاِنَّهُمْ لَكٰذِبُوْنَ 28
Mereka berkata demikian bukanlah kerana hendak beriman tetapi hanya setelah terzahir di depan mereka segala perbuatan syirik dan maksiat yang mereka sembunyikan sebelum 1m. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, mereka pasti akan kembali melakukan perbuatan yang dilarang untuk mereka melakukannya. Sesungguhnya mereka adalah pembohong-pembohong belaka.