Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-35

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِنْ كَانَ كَبُرَ عَلَيْكَ اِعْرَاضُهُمْ فَاِنِ اسْتَطَعْتَ اَنْ تَبْتَغِيَ نَفَقًا فِى الْاَرْضِ اَوْ سُلَّمًا فِى السَّمَاۤءِ فَتَأْتِيَهُمْ بِاٰيَةٍ ۗوَلَوْ شَاۤءَ اللّٰهُ لَجَمَعَهُمْ عَلَى الْهُدٰى فَلَا تَكُوْنَنَّ مِنَ الْجٰهِلِيْنَ 35

Sekiranya kamu merasa sangat terbeban dengan penolakan mereka, maka jika kamu mampu menggali mana-mana lubang di bumi atau membina tangga ke langit untuk kamu daki agar kamu dapat membawa kepada mereka ayat keterangan yang mereka akan beriman kepadanya, maka lakukanlah. Namun ketahuilah sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia telah mengumpulkan mereka semua di atas hidayah kebenaran. Oleh itu, janganlah kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang jahil.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)