وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِيْنَ اِلَّا مُبَشِّرِيْنَ وَمُنْذِرِيْنَۚ فَمَنْ اٰمَنَ وَاَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ 48
Tiadalah kami utuskan para rasul kecuali sebagai penyampai khabar gembira dan pemberi amaran. Oleh itu, sesiapa yang beriman dan beramal soleh maka mereka tidak takut apa yang akan berlaku di akhirat kelak dan tidak berdukacita atas nikmat yang mereka terlepas di dunia.