Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-60

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَهُوَ الَّذِيْ يَتَوَفّٰىكُمْ بِالَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيْهِ لِيُقْضٰٓى اَجَلٌ مُّسَمًّىۚ ثُمَّ اِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ ࣖ60

Dialah Tuhan yang menidurkan kamu semua pada waktu malam dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan pada waktu siang. Seterusnya Dia membangkitkan kamu semula daripada tidur pada waktu siang sehingga sempurna ajal kehidupan yang ditetapkan. Kepada-Nya kamu kembali dan Dia kemudiannya akan memberitahu kepadamu segala yang telah kamu amalkan di dunia.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)