Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-71

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قُلْ اَنَدْعُوْا مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ مَا لَا يَنْفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلٰٓى اَعْقَابِنَا بَعْدَ اِذْ هَدٰىنَا اللّٰهُ كَالَّذِى اسْتَهْوَتْهُ الشَّيٰطِيْنُ فِى الْاَرْضِ حَيْرَانَ لَهٗٓ اَصْحٰبٌ يَّدْعُوْنَهٗٓ اِلَى الْهُدَى ائْتِنَا ۗ قُلْ اِنَّ هُدَى اللّٰهِ هُوَ الْهُدٰىۗ وَاُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ 71

Katakan wahai Muhammad, “Wajarkah kita menyembah sesuatu selain Allah sedangkan ia tidak berkuasa memberikan manfaat dan mudarat kepada kita dan wajarkah kita kembali semula menjadi orang yang kufur setelah mendapat hidayah daripada Allah? la bagaikan orang yang disesatkan oleh syaitan-syaitan di bumi lalu dia kebingungan tidak tahu hala tujunya sedangkan dia mempunyai sahabatsahabat yang mengajaknya ke arah hidayah. Mereka berkata, “Marilah bersama kami.” Katakanlah wahai Muhammad, “Sesungguhnya hidayah Allah itulah hidayah yang sebenar dan kita diperintahkan untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)