اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ هَدَى اللّٰهُ فَبِهُدٰىهُمُ اقْتَدِهْۗ قُلْ لَّآ اَسْـَٔلُكُمْ عَلَيْهِ اَجْرًاۗ اِنْ هُوَ اِلَّا ذِكْرٰى لِلْعٰلَمِيْنَ ࣖ 90
Mereka ialah nabi-nabi yang Kami sebutkan ini telah diberi hidayah oleh Allah. Justeru, ikutlah petunjuk mereka wahai Muhammad. Katakanlah kepada kaummu, “Aku tidak meminta kamu sebarang bayaran dalam menyampaikan al-Quran. AI-Quran ini adalah peringatan untuk penduduk alam ini keseluruhannya.”