Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-91

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَمَا قَدَرُوا اللّٰهَ حَقَّ قَدْرِهٖٓ اِذْ قَالُوْا مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ عَلٰى بَشَرٍ مِّنْ شَيْءٍۗ قُلْ مَنْ اَنْزَلَ الْكِتٰبَ الَّذِيْ جَاۤءَ بِهٖ مُوْسٰى نُوْرًا وَّهُدًى لِّلنَّاسِ تَجْعَلُوْنَهٗ قَرَاطِيْسَ تُبْدُوْنَهَا وَتُخْفُوْنَ كَثِيْرًاۚ وَعُلِّمْتُمْ مَّا لَمْ تَعْلَمُوْٓا اَنْتُمْ وَلَآ اٰبَاۤؤُكُمْ ۗقُلِ اللّٰهُ ۙثُمَّ ذَرْهُمْ فِيْ خَوْضِهِمْ يَلْعَبُوْنَ 91

Mereka, orang Yahudi tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sewajarnya ketika mereka berkata, “Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia.” Katakanlah wahai Muhammad, “Siapakah yang telah menurunkan kitab yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia. Kamu jadikannya dalam bentuk lembaran-lembaran kertas yang diperlihatkan sebahagiannya dan disembunyikan kebanyakannya, sedangkan al-Quran telah diajarkan kepada kamu wahai orang Arab, apa yang tidak diketahui olehmu dan nenek moyangmu?” Katakanlah, “Allah yang menurunkannya.” Kemudian biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatan mereka.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)