Tafsir Surah

6Al-An'am - الانعام

Ayat ke-94

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَقَدْ جِئْتُمُوْنَا فُرَادٰى كَمَا خَلَقْنٰكُمْ اَوَّلَ مَرَّةٍ وَّتَرَكْتُمْ مَّا خَوَّلْنٰكُمْ وَرَاۤءَ ظُهُوْرِكُمْۚ وَمَا نَرٰى مَعَكُمْ شُفَعَاۤءَكُمُ الَّذِيْنَ زَعَمْتُمْ اَنَّهُمْ فِيْكُمْ شُرَكٰۤؤُا ۗ لَقَدْ تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنْكُمْ مَّا كُنْتُمْ تَزْعُمُوْنَ ࣖ94

Demi sesungguhnya kamu tetap datang kepada Kami pada hari kiamat dengan bersendirian sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu di dunia. Kami tidak melihat bersama kamu pemberi syafaat yang kamu dakwa bahawa mereka itu sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, perhubungan antara kamu dengan mereka telah terputus dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu dakwakan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)