Tafsir Surah

60Al-Mumtahanah - الممتحنة

Ayat ke-10

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا جَاۤءَكُمُ الْمُؤْمِنٰتُ مُهٰجِرٰتٍ فَامْتَحِنُوْهُنَّۗ اَللّٰهُ اَعْلَمُ بِاِيْمَانِهِنَّ فَاِنْ عَلِمْتُمُوْهُنَّ مُؤْمِنٰتٍ فَلَا تَرْجِعُوْهُنَّ اِلَى الْكُفَّارِۗ لَا هُنَّ حِلٌّ لَّهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّوْنَ لَهُنَّۗ وَاٰتُوْهُمْ مَّآ اَنْفَقُوْاۗ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ اَنْ تَنْكِحُوْهُنَّ اِذَآ اٰتَيْتُمُوْهُنَّ اُجُوْرَهُنَّۗ وَلَا تُمْسِكُوْا بِعِصَمِ الْكَوَافِرِ وَسْـَٔلُوْا مَآ اَنْفَقْتُمْ وَلْيَسْـَٔلُوْا مَآ اَنْفَقُوْاۗ ذٰلِكُمْ حُكْمُ اللّٰهِ ۗيَحْكُمُ بَيْنَكُمْۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ 10

Wahai orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah keimanan mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka. Apabila kamu yakin bahawa mereka benar-benar beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada suami-suami mereka yang kafir. Mereka tidak halal untuk orang kafir dan orang kafir tidak halal untuk mereka. Berikan kepada orang kafir itu mahar yang mereka telah belanjakan. Tidak salah bagi kamu untuk mengahwini mereka apabila kamu membayar mahar mereka. Jangan kamu meneruskan perkahwinan dengan isteri-isteri kamu yang kafir. Tuntutlah daripada merekar mahar yang telah kamu berikan dan biarkan suamisuami yang kafir juga menuntut mahar yang telah mereka berikan kepada isteriisteri mereka yang telah memeluk Islam. ltu adalah hukum Allah yang Dia putuskan antara kamu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)