يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللّٰهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَىِٕسُوْا مِنَ الْاٰخِرَةِ كَمَا يَىِٕسَ الْكُفَّارُ مِنْ اَصْحٰبِ الْقُبُوْرِ ࣖ 13
Wahai orang beriman! Janganlah kamu mencari pertolongan dan perlindungan daripada orang-orang yang Allah murka kepada mereka. Mereka berputus asa daripada mengharap kebaikan hari akhirat seperti putus asanya orang kafir yang telah menjadi penghuni kubur.