Tafsir Surah

60Al-Mumtahanah - الممتحنة

Ayat ke-4

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِيْٓ اِبْرٰهِيْمَ وَالَّذِيْنَ مَعَهٗۚ اِذْ قَالُوْا لِقَوْمِهِمْ اِنَّا بُرَءٰۤؤُا مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ ۖ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاۤءُ اَبَدًا حَتّٰى تُؤْمِنُوْا بِاللّٰهِ وَحْدَهٗٓ اِلَّا قَوْلَ اِبْرٰهِيْمَ لِاَبِيْهِ لَاَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَآ اَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللّٰهِ مِنْ شَيْءٍۗ رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ 4

Sesungguhnya Nabi Ibrahim dan orang-orang yang bersamanya ialah contoh teladan yang baik bagi kamu iaitu ketika mereka berkata kepada kaum mereka, “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Kami ingkar dengan kekufuran kamu dan telah jelas antara kami dan kamu mempunyai permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehinggalah kamu beriman kepada Allah sahaja.” Melainkan kata-kata Nabi Ibrahim kepada bapanya, “Aku akan minta ampun untukmu, namun aku sedikit pun tidak boleh menghalang azab Allah daripada menimpamu. Wahai Tuhan kami! KepadaMu kami bertawakal menyerah diri. Kepada-Mu kami kembali bertaubat. Kepada-Mu kami akan kembali setelah kematian”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)