Tafsir Surah

61As-Saff - الصّفّ

Ayat ke-6

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذْ قَالَ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ يٰبَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ اِنِّيْ رَسُوْلُ اللّٰهِ اِلَيْكُمْ مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرٰىةِ وَمُبَشِّرًاۢ بِرَسُوْلٍ يَّأْتِيْ مِنْۢ بَعْدِى اسْمُهٗٓ اَحْمَدُۗ فَلَمَّا جَاۤءَهُمْ بِالْبَيِّنٰتِ قَالُوْا هٰذَا سِحْرٌ مُّبِيْنٌ 6

Nabi Isa lbn Maryam juga pernah berkata,“Wahai Bani Israel! Aku ini utusan Allah kepada kamu untuk membenarkan apa yang terdapat dalam Taurat yang diturunkan sebelumku dan untuk memberi berita gembira tentang kedatangan rasul selepasku yang bernama Ahmad.” Namun, apabila rasul ini datang mereka mengatakan, “lni adalah sihir yang nyata”

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ Ayat 6 Surah al-Sat

AI-Ourtubi menyatakan makna Ahmad adalah orang yang paling banyak memuji Tuhan. Semua para nabi A.S memuji tetapi Nabi Muhammad SAW dinamakan dengan Ahmad kerana paling banyak memuji Allah. Muhammad pula bermaksud orang yang memuji berkali-kali. Perkataan ini menunjukkan perbuatan memuji yang dilakukan secara berulangkali dan tersangat banyak.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)