Tafsir Surah

62Al-Jumu'ah - الجمعة

Ayat ke-11

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذَا رَاَوْا تِجَارَةً اَوْ لَهْوًا ۨانْفَضُّوْٓا اِلَيْهَا وَتَرَكُوْكَ قَاۤىِٕمًاۗ قُلْ مَا عِنْدَ اللّٰهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِۗ وَاللّٰهُ خَيْرُ الرّٰزِقِيْنَ ࣖ 11

Apabila mereka melihat rombongan dagangan atau hiburan datang, mereka menyerbu kepadanya dan meninggalkan kamu berdiri keseorangan. Katakan kepada mereka, “Apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada hiburan dan barang dagangan dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki”

Tafsir Terjemahan

Asbab Nuzul Ayat 11 Surah al-Jumu'ah

Daripada Jabir bin 'Abdullah R.A berkata, sebuah rombongan perniagaan datang pada hari Jumaat dan ketika itu kami duduk bersama-sama dengan Nabi SAW. Kebanyakan yang duduk bergegas keluar kecuali 12 orang lelaki. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)