هُوَ الَّذِيْ بَعَثَ فِى الْاُمِّيّٖنَ رَسُوْلًا مِّنْهُمْ يَتْلُوْا عَلَيْهِمْ اٰيٰتِهٖ وَيُزَكِّيْهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَاِنْ كَانُوْا مِنْ قَبْلُ لَفِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍۙ 2
Dia telah mengutuskan seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dalam kalangan mereka sendiri. Rasul itu membacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan-Nya, menyucikan mereka daripada kekotoran kufur dan syirik serta mengajarkan kepada mereka al-Quran dan hikmah walaupun mereka sebelum ini berada dalam kesesatan yang nyata.