اِتَّخَذُوْٓا اَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوْا عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗاِنَّهُمْ سَاۤءَ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ 2
Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai untuk tidak dihukum. Lalu mereka mengambil peluang itu untuk menghalang orang lain daripada mengikut jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka lakukan.