Tafsir Surah

63Al-Munafiqun - المنٰفقون

Ayat ke-4

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ وَاِذَا رَاَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ اَجْسَامُهُمْۗ وَاِنْ يَّقُوْلُوْا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْۗ كَاَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ ۗيَحْسَبُوْنَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْۗ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْۗ قَاتَلَهُمُ اللّٰهُ ۖاَنّٰى يُؤْفَكُوْنَ4

Apabila kamu melihat mereka, kamu akan kagum dengan fizikal mereka. Apabila mereka berkata-kata, kamu akan kagum mendengar kata-kata mereka. Namun mereka ini sebenarnya bagaikan batang-batang kayu yang tersandar cantik tetapi tidak bermanfaat. Setiap kali datang laungan amaran, mereka merasakan ia adalah untuk membahayakan mereka. Mereka adalah musuh maka berhati-hatilah dengan mereka. Laknat Allah kepada mereka. Bagaimana mereka boleh dipesongkan daripada kebenaran.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)