Tafsir Surah

63Al-Munafiqun - المنٰفقون

Ayat ke-6

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

سَوَاۤءٌ عَلَيْهِمْ اَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ اَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْۗ لَنْ يَّغْفِرَ اللّٰهُ لَهُمْۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِيْنَ 6

Sama sahaja bagi mereka sama ada kamu memohon ampun untuk mereka atau tidak. Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang fasik.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah سَوَاءٌ Ayat 6 Surah al-Munafiqun

Dari sudut bahasa ia bermaksud sama sahaja. Al-Sa'di berkata sama sahaja sama ada Nabi SAW memohon ampun untuk mereka atau tidak memohon ampun, ALLAH SWT tidak akan mengampunkan kerana mereka golongan yang fasik, terkeluar daripada ketaatan kepada Allah, mendahulukan kekufuran berbanding keimanan. Sebab itu istighfar Rasulullah SAW tidak bermanfaat untuk mereka sekalipun Baginda SAW melakukannya.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)