Tafsir Surah

64At-Tagabun - التغابن

Ayat ke-14

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنَّ مِنْ اَزْوَاجِكُمْ وَاَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوْهُمْۚ وَاِنْ تَعْفُوْا وَتَصْفَحُوْا وَتَغْفِرُوْا فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 14

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya ada dalam kalangan pasangan-pasangan dan anak-anak kamu menjadi musuh kamu maka berhatihatilah. Jika mereka bertaubat, maka kamu maafkan mereka, jangan mencela mereka serta kamu berikan keampunan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tafsir Terjemahan

Asbab Nuzul Ayat 14 Surah al-Taghabun

Daripada lbn Abbas R.A bahawa beliau ditanya oleh seorang lelaki tentang ayat ini, beliau R.A berkata, mereka adalah kaum lelaki Makkah yang memeluk Islam. Mereka ingin menemui Nabi SAW, tetapi keluarga mereka menentang. Setelah mereka dapat menemui Rasulullah SAW, mereka melihat para sahabat R.A telah memahami agama dengan mendalam, lalu mereka begitu kuat berniat untuk menghukum keluarga mereka. Maka ALLAH SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)