Tafsir Surah

65At-Talaq - الطلاق

Ayat ke-1

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ اِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاۤءَ فَطَلِّقُوْهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَاَحْصُوا الْعِدَّةَۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ رَبَّكُمْۚ لَا تُخْرِجُوْهُنَّ مِنْۢ بُيُوْتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ اِلَّآ اَنْ يَّأْتِيْنَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍۗ وَتِلْكَ حُدُوْدُ اللّٰهِ ۗوَمَنْ يَّتَعَدَّ حُدُوْدَ اللّٰهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهٗ ۗ لَا تَدْرِيْ لَعَلَّ اللّٰهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذٰلِكَ اَمْرًا1

Wahai Nabi! Jika kamu atau orang beriman ingin menceraikan isteri-isteri kamu, maka ceraikanlah mereka pada awal permulaan idah iaitu sebelum bersetubuh dan kiralah idah tersebut sebanyak tiga kali suci. Bertakwalah kepada Tuhan kamu. Jangan kamu keluarkan mereka daripada rumah mereka dan jangan pula mereka keluar sehingga tamat tempoh idah melainkan mereka dibuktikan melakukan perkara keji seperti zina. ltu adalah had ketetapan Allah. Sesiapa yang melampaui had ketetapan Allah maka dia telah menzalimi dirinya. Kamu tidak tahu kemungkinan Allah inginkan kamu merujuk isteri kamu selepas penceraian.

Tafsir Terjemahan

Surah ini memberi penerangan perihal talak dan larangan daripada melampaui batasan Allah. Antara isi kandungan surah; penghuraian hukum-hakam talak antara pasangan suami isteri.

Bayan Kalimah بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ Ayat 1 Surah al-Talaq

Al-Tabari mengemukakan beberapa pandangan berkenaan maksud perkara keji yang nyata. Ada yang menyatakan ia adalah zina. Jika perempuan itu terbukti melakukan zina maka dia per1u dikeluarkan daripada rumah untuk dikenakan hukuman. Pendapat lain menyatakan ia adalah celaan perempuan tersebut kepada ipar duai. Ada juga yang menyatakan ia adalah apa sahaja maksiat. Pendapat lain pula adalah perempuan itu sendiri yang keluar daripada rumah.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)