وَكَاَيِّنْ مِّنْ قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ اَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهٖ فَحَاسَبْنٰهَا حِسَابًا شَدِيْدًاۙ وَّعَذَّبْنٰهَا عَذَابًا نُّكْرًا 8
Berapa banyak penduduk negeri yang derhaka kepada perintah Tuhan dan rasul mereka lalu Kami membuat perhitungan terhadap mereka dengan perhitungan yang dahsyat; Kami seksa mereka dengan azab yang tidak terbayang dahsyatnya.