Tafsir Surah

66At-Tahrim - التحريم

Ayat ke-1

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ اَحَلَّ اللّٰهُ لَكَۚ تَبْتَغِيْ مَرْضَاتَ اَزْوَاجِكَۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 1

Wahai Nabi! Mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan kepadamu semata-mata kerana mencari keredhaan isteri-isterimu? Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.

Tafsir Terjemahan

Surah ini menzahirkan gambaran tarbiyah rumahtangga Rasulullah SAW agar menjadi contoh teladan untuk umat Islam. Antara isi kandungan surah; teguran Allah terhadap Rasulullah SAW, teguran Allah terhadap isteriisteri Rasulullah SAW serta contoh isteri yang baik dan isteri yang buruk.

Daripada Anas R.A berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW memiliki seorang hamba perempuan yang Baginda berhubungan dengannya. 'Aisyah R.A dan Hafsah R.A sentiasa mengungkit hal itu sehingga Nabi SAW mengharamkan hamba untuk dirinya, maka Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)