نۤ ۚوَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُوْنَۙ1
Tafsir Terjemahan
Objektif surah ini ialah penjelasan tentang asas keimanan melalui tiga topik utama yang terkandung di dalamnya iaitu: Pertama, tentang risalah dakwah dan tuduhan musyrikin Makkah terhadap Rasulullah SAW. Kedua, kisah pemilik kebun yang menjadi simbolik terhadap balasan bagi orang yang ingkar terhadap kenabian Rasulullah SAW. Ketiga, penceritaan tentang balasan buat golongan kafir di hari kiamat.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)