Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-142

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ وَوٰعَدْنَا مُوْسٰى ثَلٰثِيْنَ لَيْلَةً وَّاَتْمَمْنٰهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيْقَاتُ رَبِّهٖٓ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً ۚوَقَالَ مُوْسٰى لِاَخِيْهِ هٰرُوْنَ اخْلُفْنِيْ فِيْ قَوْمِيْ وَاَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيْلَ الْمُفْسِدِيْنَ142

Kami telah berjanji kepada Nabi Musa untuk datang bermunajat kepada Kami selama tiga puluh malam lalu diserahkan kepadanya Kitab Taurat; Kami tambahkan tempoh itu selama sepuluh malam lagi, maka sempurnalah tempoh yang ditetapkan Tuhannya selama empat puluh malam. Dan Nabi Musa telah berkata kepada saudaranya Nabi Harun semasa Baginda ingin keluar menerima Taurat, “Gantikanlah aku dalam urusan memimpin kaumku dan perbaikilah keadaan mereka sepeninggalanku dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)