Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-146

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

سَاَصْرِفُ عَنْ اٰيٰتِيَ الَّذِيْنَ يَتَكَبَّرُوْنَ فِى الْاَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّۗ وَاِنْ يَّرَوْا كُلَّ اٰيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوْا بِهَاۚ وَاِنْ يَّرَوْا سَبِيْلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوْهُ سَبِيْلًاۚ وَاِنْ يَّرَوْا سَبِيْلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوْهُ سَبِيْلًاۗ ذٰلِكَ بِاَنَّهُمْ كَذَّبُوْا بِاٰيٰتِنَا وَكَانُوْا عَنْهَا غٰفِلِيْنَ146

Aku akan palingkan hati orang yang berlagak angkuh di bumi-Ku tanpa alasan yang benar daripada memahami ayat-ayat-Ku sehingga ke tahap jika mereka melihat segala keterangan bukti sekali pun, mereka tidak akan beriman kepadanya dan jika mereka melihat segala jalan yang membawa kepada petunjuk hidayah, mereka juga tidak akan melaluinya. Tetapi sebaliknya; jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka akan melaluinya. Balasan tersebut adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)