Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-155

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاخْتَارَ مُوْسٰى قَوْمَهٗ سَبْعِيْنَ رَجُلًا لِّمِيْقَاتِنَا ۚفَلَمَّآ اَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ اَهْلَكْتَهُمْ مِّنْ قَبْلُ وَاِيَّايَۗ اَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاۤءُ مِنَّاۚ اِنْ هِيَ اِلَّا فِتْنَتُكَۗ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَاۤءُ وَتَهْدِيْ مَنْ تَشَاۤءُۗ اَنْتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِيْنَ155

Nabi Musa telah memilih tujuh puluh orang lelaki dalam kalangan kaumnya untuk dibawa bersama ke Bukit Tursina pada waktu yang Kami telah tentukan untuk bertaubat kepada Allah atas kesalahan mereka. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata, ''Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama diriku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh golongan yang bodoh dalam kalangan kami? Apa yang telah mereka lakukan itu hanyalah hasil daripada ujian-Mu. Melalui ujian itu, Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk pula kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah Pelindung kami; Oleh itu, ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami kerana Engkaulah sebaik-baik Pengampun.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)