Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-157

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَّذِيْنَ يَتَّبِعُوْنَ الرَّسُوْلَ النَّبِيَّ الْاُمِّيَّ الَّذِيْ يَجِدُوْنَهٗ مَكْتُوْبًا عِنْدَهُمْ فِى التَّوْرٰىةِ وَالْاِنْجِيْلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهٰىهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبٰۤىِٕثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ اِصْرَهُمْ وَالْاَغْلٰلَ الَّتِيْ كَانَتْ عَلَيْهِمْۗ فَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا بِهٖ وَعَزَّرُوْهُ وَنَصَرُوْهُ وَاتَّبَعُوا النُّوْرَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ مَعَهٗٓ ۙاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ ࣖ157

Mereka ialah orang yang mengikut Rasulullah; seorang Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis, yang mereka dapati nama dan sifat-sifatnya tertulis dalam Taurat dan lnjil yang ada di sisi mereka. Baginda menyuruh mereka mengerjakan perkara yang baik dan melarang daripada melakukan perkara yang keji; dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk. Baginda juga menghapuskan hukum-hakam yang berat dan beban serta belenggu yang dahulunya menyukarkan diri mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, memulia, menolong dan mengikut cahaya yang diturunkan kepadanya iaitu al-Quran, mereka itulah golongan yang berjaya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)