Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-160

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَقَطَّعْنٰهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ اَسْبَاطًا اُمَمًاۗ وَاَوْحَيْنَآ اِلٰى مُوْسٰٓى اِذِ اسْتَسْقٰىهُ قَوْمُهٗٓ اَنِ اضْرِبْ بِّعَصَاكَ الْحَجَرَۚ فَانْۢبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًاۗ قَدْ عَلِمَ كُلُّ اُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْۗ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَاَنْزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوٰىۗ كُلُوْا مِنْ طَيِّبٰتِ مَا رَزَقْنٰكُمْۗ وَمَا ظَلَمُوْنَا وَلٰكِنْ كَانُوْٓا اَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ160

Kami telah bahagikan Bani Israel yang berjumlah besar itu menjadi dua belas kabilah. Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu terpancar daripadanya dua belas mata air. Tiaptiap kabilah mengetahui tempat minum masing-masing. Kami naungi pula mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka makanan Mann dan Salwa. Lalu Kami berfirman, “Makanlah daripada rezeki yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu.” Mereka sebenarnya tidak menzalimi Kami dengan kekufuran mereka, tetapi mereka hanya menzalimi diri mereka sendiri.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)