Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-169

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَخَلَفَ مِنْۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَّرِثُوا الْكِتٰبَ يَأْخُذُوْنَ عَرَضَ هٰذَا الْاَدْنٰى وَيَقُوْلُوْنَ سَيُغْفَرُ لَنَاۚ وَاِنْ يَّأْتِهِمْ عَرَضٌ مِّثْلُهٗ يَأْخُذُوْهُۗ اَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ مِّيْثَاقُ الْكِتٰبِ اَنْ لَّا يَقُوْلُوْا عَلَى اللّٰهِ اِلَّا الْحَقَّ وَدَرَسُوْا مَا فِيْهِۗ وَالدَّارُ الْاٰخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَۗ اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ169

Kemudian datang selepas mereka keturunan jahat yang mewarisi Kitab Taurat. Mereka mengambil harta benda yang hina di dunia ini secara haram sebagai upah untuk tidak menyatakan kebenaran sambil berkata, “Dosa kami kali ini akan diampunkan,” sedangkan jika datang kepada mereka harta yang hina seperti itu sekali lagi mereka tetap akan mengambilnya juga. Bukankah mereka ini tertakluk dengan perjanjian setia terhadap Kitab Taurat yang telah dimeteraikan sebelum 1ni bahawa mereka tidak boleh memperkatakan sesuatu berkenaan Allah melainkan yang benar? Tambahan pula mereka itu telah mempelajari kandungan Kitab Taurat itu dan mereka sedar bahawa negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa kepada Allah. Adakah kamu tidak berfikir tentang perkara ini?

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)