وَاِذْ اَخَذَ رَبُّكَ مِنْۢ بَنِيْٓ اٰدَمَ مِنْ ظُهُوْرِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَاَشْهَدَهُمْ عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْۚ اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۗ قَالُوْا بَلٰىۛ شَهِدْنَا ۛاَنْ تَقُوْلُوْا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِيْنَۙ 172
Dan ingatlah wahai Muhammad! Ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anakanak Adam turun-temurun daripada tulang sulbi mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, lantas berfirman, “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab, “Benar Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi.” Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, “Sesungguhnya kami adalah lalai kerana tidak diberi peringatan tentang hakikat tauhid ini.”