يَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسٰىهَاۗ قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّيْۚ لَا يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلَّا هُوَۘ ثَقُلَتْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ لَا تَأْتِيْكُمْ اِلَّا بَغْتَةً ۗيَسْـَٔلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَاۗ قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللّٰهِ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ 187
Mereka yang mendustakanmu bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang hari kiamat, “Bilakah ia akan berlaku?” Katakanlah, “Sesungguhnya pengetahuan tentang waktu kiamat itu hanyalah ada dengan Tuhanku. Tiada sesiapa pun yang dapat menerangkan waktu berlakunya hari kiamat melainkan Dia. Kedatangan kiamat itu menyebabkan huru-hara yang amat dahsyat di langit dan di bumi. la tidak datang kepada kamu melainkan secara mendadak. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau benarbenar mengetahuinya. Katakanlah, “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu hanya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara ini.”