Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-189

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَّاحِدَةٍ وَّجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ اِلَيْهَاۚ فَلَمَّا تَغَشّٰىهَا حَمَلَتْ حَمْلًا خَفِيْفًا فَمَرَّتْ بِهٖ ۚفَلَمَّآ اَثْقَلَتْ دَّعَوَا اللّٰهَ رَبَّهُمَا لَىِٕنْ اٰتَيْتَنَا صَالِحًا لَّنَكُوْنَنَّ مِنَ الشّٰكِرِيْنَ189

Dialah Yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu iaitu Adam. Dan daripada Adam, Dia telah menciptakan pasangannya Hawa, supaya dia berasa tenteram dengan pasangannya itu. Apabila seorang suami itu telah meniduri isterinya, maka isterinya mengandung dengan kandungan yang ringan pada awalnya dan dia terus menanggung kandungan itu selama tempoh tertentu. Kemudian apabila kandungan itu menjadi berat. lalu kedua suami dan isteri memohon kepada Tuhan mereka dengan berkata, “Jika Engkau mengurniakan kami anak yang sempurna kejadiannya, tentulah kami tergolong daripada orang yang bersyukur.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)