Tafsir Surah

7Al-A'raf - الاعراف

Ayat ke-203

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاِذَا لَمْ تَأْتِهِمْ بِاٰيَةٍ قَالُوْا لَوْلَا اجْتَبَيْتَهَاۗ قُلْ اِنَّمَآ اَتَّبِعُ مَا يُوْحٰٓى اِلَيَّ مِنْ رَّبِّيْۗ هٰذَا بَصَاۤىِٕرُ مِنْ رَّبِّكُمْ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّقَوْمٍ يُّؤْمِنُوْنَ203

Dan apabila engkau wahai Muhammad, tidak membawa ayat al-Quran sebagaimana yang mereka kehendaki, mereka berkata dengan nada mengejek, “Mengapa engkau tidak reka sahaja ayat itu?” Katakanlah, “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Tuhanku. AI-Quran ini ialah panduan yang membuka hati daripada Tuhan kamu dan juga petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang yang beriman.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)