يٰبَنِيْٓ اٰدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطٰنُ كَمَآ اَخْرَجَ اَبَوَيْكُمْ مِّنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْاٰتِهِمَا ۗاِنَّهٗ يَرٰىكُمْ هُوَ وَقَبِيْلُهٗ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْۗ اِنَّا جَعَلْنَا الشَّيٰطِيْنَ اَوْلِيَاۤءَ لِلَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ 27
“Wahai anak cucu Adam! Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan syaitan yang telah berjaya mengeluarkan ibu bapa kamu dari syurga dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk mendedahkan au rat mereka. Sesungguhnya dia dan suku sakatnya melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami jadikan syaitansyaitan itu selaku pemimpin kepada orang-orang yang tidak beriman.”